Isnin, 15 Disember 2008

MUHASABAH 1430 H/ 2008 M, 1431 H/ 2009 M UNTUK CIPTA PENAKLUKAN

"Mereka yang cemerlang itu mereka yanghari ini lebih baik dari semalam,
Mereka yang lalai adalah mereka yang hari ini sama dengan semalam,
Dan mereka yang celaka hari ini lebih teruk dari semalam."

Tahun 1430 H/ 2008 M bakal berlabuh meninggalkan kita. Dari segi usia, ia akan bertambah hari ke hari. Namun, adakah kita semakin matang, adakah kita semakin cemerlang, dan adakah kita lebih baik dari semalam. Adakah kita semakin baik atau sebaliknya?

MUHASABAH! Konsep merujuk kembali dan menilai perlakuan serta perbuatan yang telah kita lakukan. Muhasabah azam 1430 H/ 2008 M, adakah tercapai atau belum? Hanya kita yang mampu menjawab?

Kini 1431 H/ 2009 M bakal mengucapkan selamat datang. Kedatangannya bukan sekadar di sambut dengan 'New Year Celebration' tapi ianya bakal dibebani dengan cabaran yang mendatang. Bersediakah kita?

SEKIRANYA ILMU DIKUASAI, DUNIA BAKAL DITAKLUKI