Ahad, 30 Ogos 2009

Merdeka ke 53


SELAMAT HARI MERDEKA KE 52
MALAYSIA MERDEKA...

Mahligaimu dari Air Mataku

Mahligaimu dari Air Mataku
Lestari

Izinkan diri ku meluahkan rasa
Maafkanlah aku andai kau terasa
Biar ku paparkan apa yang terjadi
Moga engkau tak ulangi

Sungguh tak ku sangka kau berpaling tadah
Setelah lamanya menjalinkan cinta
Dalam diam-diam kau sudah berpunya
Tanpa aku menyedari semuanya

Aku mendoakan agar kau bahagia
Bersama si dia insan yang kau suka
Percintaan kita tak sampai ke mana
Setakat di bibir saja sayang

Kau bina mahligai dari air mata
Yang jatuh berderai di wajah sepi ku
Hancurnya hatiku bisa tak terkata
Terhumban rasa diri ku

Oh aduhai ku masih ingati
Janji manis dan saat romantis
Kau pinta ku supaya setia
Akhirnya kau yang berubah

Oh Tuhan ku
tabahkan hati ku
Temukan ku dengan ketenangan
Jiwa ini dibelasah rindu tetapi apa daya ku

Ku cuba pejam mata tapi tak terlena
Kerana ku masih teringat pada mu
Begitu payahnya nak ku melupakan
Pernahkah engkau fikirkan oh sayang

Fasa ke 2 Ramadhan

Sedar tak sedar sudah masuk fasa ke 2 ramadhan, sepanjang ramadhan ini aku agak 'slow' seperti yang dikatakan oleh sahabat2 aku, mungkin kepenatan dek puasa. Jika dinilai dari segi produktiviti semamangnya langsung tidak produktif seperti bulan, sebelumnya. Apapun dalam fasa ke 2, aku harap aku bakal menggunakan sepenuhnya ruang yang ada, dan mempertingkatkan prestasi dari segala aspek, sebagai insan, anak, abang, pensyarah, kawan dan etc.

Di sini tidak lupa juga aku mengucapkan takziah kepada Ustaz Asri Rabbani, serta Prof Datuk Dr Ismail Salleh, semoga pemergiannya di cucuri rahmat.

Ahad, 23 Ogos 2009

Ramadhan al-Mubarak

Salam Ramadhan,

Kebiasaannya Ramadhan bagi aku adalah seperti bulan yang biasa, cuma bezanya kita melakukan ibadat puasa dalam tempoh sebulan bulan ini. Namun, tanggapan aku ini berubah bila aku menjadi guru disebuah sekolah agama di kampung halaman ku. Dan disitulah aku menyedari ramadhan itu adalah lebih dari apa yang aku lalui selama ini. Bila bercerita tentang ramadhan, sebelum ini aku kira aku hanya berlapar dan dahaga, namun tidak ada yang lebih dari itu... Aku bertekad aku mahu menjadikan ramadhan kali ini, lebih terisi berbanding dengan sebelum-sebelum ini... InsyaAllah.

Selasa, 18 Ogos 2009

Mengusung Rindu

Mengusung Rindu

Dalam hati ini ada nama mu
Nama seorang insan yang aku rindu
Dalam diri ini ada sayang mu
Sayangnya diri mu tidak mengerti

Dalam senyuman ini ada tangisan
Tangisan seorang insan terluka
Dalam jiwa ini ada pilunya
Pilu yang membuat aku menangis
Oh hibanya... ( oh... )

Sayu hati... sayu sekali
Melihat engkau berpimpin tangan
Dengan sidia
Sakit hati... sakit sekali
Pabila cinta yang aku beri tak dihargai

Sungguh terhina letih tidak bermaya
Rasa terkilan bunga yang ku puja
Kini mekar harum di jambangan orang
Kau yang ku sayang
Aku yang gundah

Kalau tahu sakit begini
Tidak aku bermain cinta
Kalau tahu siksa begini
Tidak aku menyanyangi mu
Pilu resah di hati ini
Mengusung rindu...
Ku tak berdaya

Isnin, 10 Ogos 2009

Berbicara dengan Ustaz Saufi

Hati aku tergerak menelefon Ustaz Saufi tadi, sebenarnya aku memang sudah lama hendak bertemu dengannya. Namun, banyak halangan yang membantutkan usaha aku ini. Sememang aku amat suka berkawan dengan orang-orang yang tinggi ilmu tak kisah dari apa aspek agama, kejuruteraan, dan sebagainya. Bagi aku bila mendampangi orang yang berilmu akan mendapat tempiasnya. Bila berbicara dengan Ustaz Saufi, jiwa ku kini kembali tenang dengan apa yang diceritakan.

Jiwa Kembali Kacau

Hari ini aku melangkah kerja dengan penuh bersemangat, aku mahu melupakan perkara-perkara 'bodoh' yang aku lalui sepanjang tempoh 4 bulan ni. Namun, bila saja aku membuka komputer, aku terbaca sesuatu yang cukup membebankan aku. Entah macam mana aku hendak menghadapi hari ini. Aku cukup terguris....

Rabu, 5 Ogos 2009

Mengharmonikan Dua Aliran yang Berbeza

Salam,

Ketika aku ke cafe pagi ini, aku melihat Ustz. Azman dan En Ramli dengan seronok bersembang mengenai satu isu. Lantas segera kau mendekati mereka untuk mendengar topic perbincangan mereka. Ianya satu topik yang cukup menarik, mengenai isu halal dan haram. En Ramli pernah berkhidmat dengan MARDI, dan boleh dikatakan pakar dalam pemprosesan makanan. Isu yang dibangkitkan oleh En Ramli cukup simple, iaitu mengenai alkohol. Alkohol yang berlaku dalam proses membuat makanan, sebagai contoh membuat cuka atau tapai. Sebelum menjadi cuka, atau tapai, dipertengahan prosesnya akan terhasilnya alkohol dan boleh menyebabkan kemabukan. Namun, end productnya adalah cuka, yang biasa digunakan pada kegunaan harian. Ini menimbulkan percanggahan antara saintis dan tokoh agama. Begitu juga dengan keraguan tentang minyak wangi beralkohol, sesetangah pendapat mengatakan ianya haram dipakai ketika sembahyang, sebaliknya mengatakan boleh. Disini saya tidak mahu mengulas lebih lanjut, apa yang kami perbincangkan, sekadar menceritakan bila dua aliran, bertemu menyebab timbul berbagai percanggah. Ini kerana, kebanyakan saintis kurang kefahaman tentang agama, dan tokoh agama kurang pengetahuan mengenai sains. Namun, kita perlu mencari titik pertemua sekiranya dua aliran ini bertembung, dan menghormanikannya. Bagi saya, sains amat penting pada hari ni, kerana sains dan teknologi itu menyumbang kearah kemajuan sesebuah negara, namun ia perlu sejajar dengan kehendak Islam.

Selasa, 4 Ogos 2009

Mencari Erti Sebenar 'Fikrah'

Salam,

Menceritakan mengenai 'fikrah' Islam ni, aku sudah terdedah sejak aku di alam persekolahan, ketika itu aku memasuki jemaah dan usrah, kerana amat tertarik mengenai agama Islam. Apa yang sering dikatakan oleh senior-senior sebelum ini, jemaah ini ibarat sebuah kapal yang sedang belayar, dan ianya dapat mengharungi gelombang-gelombang. Maksudnya, jemaah ini merupakan satu saluran untuk menghadapi dugaan dunia luar.

Namun ketika aku menyambung pengajian pada peringkat tinggi, aku tidak menyertai usrah, namun ini bukan beerti aku tidak bergaul dengan 'budak-budak surau'. Ketika ini, aku suka bergaul dengan rakan sekuliah, sebenarnya diantara rakan sekuliah aku, ada yang dari SEMAZA. Tok Jiring, dan juga KIK. Mereka sendiri pun faham tentang fikrah ini, namun tidak menyertai aktiviti usrah di ITM (ketika itu). Ketika ini, aku sedar ada benarnya kata senior aku, disebabkan tidak berjemaah menyebabkan kita sering lalai. Tetapi, disebalik itu aku melihat sesuatu tentang ’budak-budak surau’. Pertama, mereka sering bergaul dengan golongan mereka, kedua, ramai juga yang ekstrim dalam wadah perjuangan mereka sehinggakan akademik mereka hancur, ketiga ada yang terlalu lantang bercakap sehinggakan orang tidak menyukai mereka. Keempat, ada segelintir mempunyai niat tersembunyi disebalik wadah ini. Ini merupakan padangan peribadi aku, bukan untuk berprasangka buruk.

Selepas itu, aku berfikir ketika aku di dalam jemaah, aku tahu ramai yang tidak suka akan kami, dan sinilah aku sedar, pandangan-pandangan mereka. Sesungguhnya, adakalanya, kita tidak sedar mengenai sesuatu ketika di dalam, tetapi bila diluar barulah kita menyedari presepsi orang ramai mengenai jemaah.

Aku mula menjauhi jemaah, sehingga aku melanjutkan pengajian pada sarjana Muda di Shah Alam, ketika ini, aku hanyut dalam gelombang, hanya menumpukan mengenai pelajaran, dan membiar jiwa kosong tidak bersantap.

Keadaan ini berterusan sehingga aku bekerja, hinggalah ketika aku mengalami kejatuhan dalam hidupku, dan ketika itu aku tercari-cari sebab mengapa dan kenapa. Dalam proses, bangkit aku mula mendampingi orang-orang yang berilmu. Terutamanya, ketika aku berkawan dengan Ustaz Saufi ketika aku menjadi guru ganti di SMI Aman, KB. Berkawan dengan orang yang soleh, aku bagai mendapat tempias dari kesolehannya dan di sini memulangkan memori lama ketika aku berjemaah. Setelah itu, aku berjumpa dengan Tuan Haji Idris, Ketua Iman UiTM Shah Alam, dia menegaskan, jika seekor kambing sesat di padang pasir senanglah untuk dibaham oleh serigala, tapi jika sekawan agak sukar bagi sang serigala membaham mereka. Dan aku faham apa yang di katakan oleh nya dan ia terjadi pada diriku.

Namun, bila bercerita dalam konteks berkumpulan, atau jemaah, aku mula mencari dimanakah aku, aku mendengar satu hadis yang menceritakan di akhir zaman ini umat Islam akan berpecah kepada 73 golongan, dan 1 golongan yang akan masuk syurga. Dengan kefahaman, yang cetek aku mencari dimanakah satu golongan ini. Jika dilihat gerakan Islam pada hari ni terlampau banyak dan tidak terhitung dengan jari. Aku ada berkawan dengan golongan ’tabligh’ malah aku mengakumi Prof Ku Halim yang aktif dalam tabligh, aku melihat ada golongan tajdid, kaum muda yang menolak bidaah, ada juga yang dikatakan tarekat, serta jemaah spt ISMA, ABIM, JIM dan sebagainya. Malah ada yang digelar muktazilah, salaf, syiah, hizbut tahrir dan banyak lagi. Jika dikira mereka ini gerakan Islam, tapi seolah-olah mereka dalam liga berlainan. Aku mula pening, aku pernah diberitahu oleh seorang kawan yang menyertai tarekat, dia mengatakan dia tidak boleh berjumpa dengan golongan tabligh kerana, pembawakan mereka berbeza. Aku tanya diriku, kenapa perlu saling menolak antara satu sama lain, sedangkan kedua-duanya memperjuangkan Islam.

Aku mula mencari jawapan, aku sering membaca blog, ada yang takfir-menakfir, golongan ini sesat, yang ini salah sehinggakan lebih memeritkan seorang Dr menyaman seorang ustaz kerana berbeza fahaman. Ianya membuat aku keliru.

Ketika ini aku hanya memerhati, sehingga pada satu hari ada seorang muslimat mengatakan bahawa fikrah aku tidak sama dengan fikrahnya. Kemudian, aku mula mencari apa erti ’fikrah’ dalam erti kata sebenar sedangkan perkataan ini sudah aku ketahui dahulu. Lantas, ku berjumpa dengan Ustaz Azman yang merupakan rakan sepejabat, dan boleh dikatakan guruku. Aku mendengar pandangannya, mengenai fikrah Islam dan dia mengatakan fikrah aku dalam keadaan yang betul dan tidak terpesong, dengan menerangkan prinsip seperti berikut;

1. RABBANIYYAH
Islam datang dari Allah yang bersifat Rab.
Akan melahirkan mukmin bersifat Rabbani iaitu beriltizam dengan Islam dari segi iktikad, pemikiran, cita-cita, percakapan, dan perbuatan.
Sumber Rabbani; asas pembentukan dan perkembangan individu dan masyarakat.
2. SYUMUL
Lengkap dan mencakupi (menyeluruh)
a) dasar dan teras manhaj.
b) kesan pembentukan terhadap manusia yang menerimanya.
c) Pelaksanaan untuk mencapai matlamatnya.
3. INQILABIYAH
Melaksanakan perubahan total iaitu dengan mencabut dan meruntuhkan jahiliyyah serta membangunkan atau menegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah itu. Mesti bersifat tajarrud, iaitu membebaskan diri daripada prinsip lain daripada Islam.
4. ALAMIYAH
Dakwah untuk semua manusia, tidak kira bangsa, warna kulit dan keturunan.
Nilai-nilai Islam bersifat sejagat. Menjamin hak asasi manusia.
5. WAQI’IYYAH
Praktikal bukan utopia, semula jadi atau mampu diamalkan oleh semua manusia. (berpijak di bumi nyata)
6. THABAT DAN MURUNAH
Tetap dan anjal. Tetap dari segi prinsip tetapi boleh berubah dari segi pelaksanaannya.
7. Ciri-ciri lain….
Risalah dan jalan penyampaian jelas.
Bergerak mengikut kemampuan.
Melaksanakan hazar (waspada).
Memudah dan jangan menyusahkan.
Tadrij (beransur-ansur)
Menimbang kemaslahatan dakwah demi memenuhi tuntutan syariat.

Ustaz Azman, menekankan aku mengenai konsep ke 6, Thabat dan Murunah, tetap dan anjal. Akhirnya, aku sedar approach dan pendekatan boleh berbeza tetapi prinsip mestilah sama. Kita mesti melihat secara holostik dan keseluruhan, meskipun berbeza pendekatan namun matlamat mereka sama. Cuma masalah hari ini, ada golongan yang jumud mengakatan hanya mereka betul lantas menyalah gerakan lain. Aku bertanya lagi, perlukan aku menyertai jemaah, dia mengambil contoh solat, boleh berjemaah dan sendirian, lebih afdzal berjemaah, namun tidak salah berseorangan.

Mungkin apa yang dimaksudkan oleh muslimat itu bagi pandangan peribadi Ustaz Azman, fikrah aku tidak sama dengan jemaah yang sertainya. Bila dalam jemaah 'baiyah' itu penting dalam menjamin kesepaduan sesuatu jemaah, bukan beerti fikrah yang aku ini menyimpang dari fikrah Islamiah.

Wasallam.

Ahad, 2 Ogos 2009

Berfikiran Negatif vs Jumud

Aku tidak kisah jika seseorang itu mengatakan aku berfikiran negatif, atau pesimistik. Sebenarnya aspek berfikir perlu ada positif dan negatif, dengan mengambil contoh seorang researcher, kebanyakan mereka akan melakukan satu kajian dan optimis untuk mendapatkan result atau yield yang terbaik. Namun, sedar tak sedar kenapa research yang dilakukan di Universiti2 kebykn tdk dpt dikomersilkan and kenapa perlu la konsep 'transfer of technology' atau 'pilot scale' dalam pendekatan kejuruteraan? Ini kerana antara sebabnya mereka memikirkan kesan negatif dari kajian itu. Sebab itu, sebagai engineer yang bagus kita perlu berfikir secara makro, bukan secara mikro. Sbg contoh, kita boleh menghasilkan satu produk yang bagus, tapi adakah nilai pasarannya releven. Berfikiran negatif bukan beerti seseorang itu tidak optimis, mungkin ianya dibuat setelah melihat kesan secara makro.

Manakala, jumud bererti tidak bernyawa, atau boleh didefinasikan bermaksud fix atau pegun. Hal ini berlaku bilamana tidak boleh menerima pandangan selain apa yang kita tahu, dan sukar menerima pembaharuan yang dibawa oleh orang. Konsep ini menyebabkan kita akan berada statik pada tempat kita selamanya. Berfikir di luar kotak perlu untuk membawa perubahan tak kita dari pelbagai aspek, teknologi, atau kehidupan agar membawa sesuatu ke arah yang positif.

Bagi aku, positif, negatif, jumud, kolot itu tidak penting. Adakala terlampau positif juga tidak bagus, kadangkala kita akan syok sendiri dan mengatakan kita saja bagus, yang lebih bagus, meletakkan semua ini kene pada keadaannya.

*Terpulang kepada seseorang itu mengatakan kita ini negatif atau positif. Yang penting kita tahu tindakan kita kene pada keadaanya.