Memaparkan catatan dengan label Perjalanan Hidupku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perjalanan Hidupku. Papar semua catatan

Selasa, 4 Ogos 2009

Mencari Erti Sebenar 'Fikrah'

Salam,

Menceritakan mengenai 'fikrah' Islam ni, aku sudah terdedah sejak aku di alam persekolahan, ketika itu aku memasuki jemaah dan usrah, kerana amat tertarik mengenai agama Islam. Apa yang sering dikatakan oleh senior-senior sebelum ini, jemaah ini ibarat sebuah kapal yang sedang belayar, dan ianya dapat mengharungi gelombang-gelombang. Maksudnya, jemaah ini merupakan satu saluran untuk menghadapi dugaan dunia luar.

Namun ketika aku menyambung pengajian pada peringkat tinggi, aku tidak menyertai usrah, namun ini bukan beerti aku tidak bergaul dengan 'budak-budak surau'. Ketika ini, aku suka bergaul dengan rakan sekuliah, sebenarnya diantara rakan sekuliah aku, ada yang dari SEMAZA. Tok Jiring, dan juga KIK. Mereka sendiri pun faham tentang fikrah ini, namun tidak menyertai aktiviti usrah di ITM (ketika itu). Ketika ini, aku sedar ada benarnya kata senior aku, disebabkan tidak berjemaah menyebabkan kita sering lalai. Tetapi, disebalik itu aku melihat sesuatu tentang ’budak-budak surau’. Pertama, mereka sering bergaul dengan golongan mereka, kedua, ramai juga yang ekstrim dalam wadah perjuangan mereka sehinggakan akademik mereka hancur, ketiga ada yang terlalu lantang bercakap sehinggakan orang tidak menyukai mereka. Keempat, ada segelintir mempunyai niat tersembunyi disebalik wadah ini. Ini merupakan padangan peribadi aku, bukan untuk berprasangka buruk.

Selepas itu, aku berfikir ketika aku di dalam jemaah, aku tahu ramai yang tidak suka akan kami, dan sinilah aku sedar, pandangan-pandangan mereka. Sesungguhnya, adakalanya, kita tidak sedar mengenai sesuatu ketika di dalam, tetapi bila diluar barulah kita menyedari presepsi orang ramai mengenai jemaah.

Aku mula menjauhi jemaah, sehingga aku melanjutkan pengajian pada sarjana Muda di Shah Alam, ketika ini, aku hanyut dalam gelombang, hanya menumpukan mengenai pelajaran, dan membiar jiwa kosong tidak bersantap.

Keadaan ini berterusan sehingga aku bekerja, hinggalah ketika aku mengalami kejatuhan dalam hidupku, dan ketika itu aku tercari-cari sebab mengapa dan kenapa. Dalam proses, bangkit aku mula mendampingi orang-orang yang berilmu. Terutamanya, ketika aku berkawan dengan Ustaz Saufi ketika aku menjadi guru ganti di SMI Aman, KB. Berkawan dengan orang yang soleh, aku bagai mendapat tempias dari kesolehannya dan di sini memulangkan memori lama ketika aku berjemaah. Setelah itu, aku berjumpa dengan Tuan Haji Idris, Ketua Iman UiTM Shah Alam, dia menegaskan, jika seekor kambing sesat di padang pasir senanglah untuk dibaham oleh serigala, tapi jika sekawan agak sukar bagi sang serigala membaham mereka. Dan aku faham apa yang di katakan oleh nya dan ia terjadi pada diriku.

Namun, bila bercerita dalam konteks berkumpulan, atau jemaah, aku mula mencari dimanakah aku, aku mendengar satu hadis yang menceritakan di akhir zaman ini umat Islam akan berpecah kepada 73 golongan, dan 1 golongan yang akan masuk syurga. Dengan kefahaman, yang cetek aku mencari dimanakah satu golongan ini. Jika dilihat gerakan Islam pada hari ni terlampau banyak dan tidak terhitung dengan jari. Aku ada berkawan dengan golongan ’tabligh’ malah aku mengakumi Prof Ku Halim yang aktif dalam tabligh, aku melihat ada golongan tajdid, kaum muda yang menolak bidaah, ada juga yang dikatakan tarekat, serta jemaah spt ISMA, ABIM, JIM dan sebagainya. Malah ada yang digelar muktazilah, salaf, syiah, hizbut tahrir dan banyak lagi. Jika dikira mereka ini gerakan Islam, tapi seolah-olah mereka dalam liga berlainan. Aku mula pening, aku pernah diberitahu oleh seorang kawan yang menyertai tarekat, dia mengatakan dia tidak boleh berjumpa dengan golongan tabligh kerana, pembawakan mereka berbeza. Aku tanya diriku, kenapa perlu saling menolak antara satu sama lain, sedangkan kedua-duanya memperjuangkan Islam.

Aku mula mencari jawapan, aku sering membaca blog, ada yang takfir-menakfir, golongan ini sesat, yang ini salah sehinggakan lebih memeritkan seorang Dr menyaman seorang ustaz kerana berbeza fahaman. Ianya membuat aku keliru.

Ketika ini aku hanya memerhati, sehingga pada satu hari ada seorang muslimat mengatakan bahawa fikrah aku tidak sama dengan fikrahnya. Kemudian, aku mula mencari apa erti ’fikrah’ dalam erti kata sebenar sedangkan perkataan ini sudah aku ketahui dahulu. Lantas, ku berjumpa dengan Ustaz Azman yang merupakan rakan sepejabat, dan boleh dikatakan guruku. Aku mendengar pandangannya, mengenai fikrah Islam dan dia mengatakan fikrah aku dalam keadaan yang betul dan tidak terpesong, dengan menerangkan prinsip seperti berikut;

1. RABBANIYYAH
Islam datang dari Allah yang bersifat Rab.
Akan melahirkan mukmin bersifat Rabbani iaitu beriltizam dengan Islam dari segi iktikad, pemikiran, cita-cita, percakapan, dan perbuatan.
Sumber Rabbani; asas pembentukan dan perkembangan individu dan masyarakat.
2. SYUMUL
Lengkap dan mencakupi (menyeluruh)
a) dasar dan teras manhaj.
b) kesan pembentukan terhadap manusia yang menerimanya.
c) Pelaksanaan untuk mencapai matlamatnya.
3. INQILABIYAH
Melaksanakan perubahan total iaitu dengan mencabut dan meruntuhkan jahiliyyah serta membangunkan atau menegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah itu. Mesti bersifat tajarrud, iaitu membebaskan diri daripada prinsip lain daripada Islam.
4. ALAMIYAH
Dakwah untuk semua manusia, tidak kira bangsa, warna kulit dan keturunan.
Nilai-nilai Islam bersifat sejagat. Menjamin hak asasi manusia.
5. WAQI’IYYAH
Praktikal bukan utopia, semula jadi atau mampu diamalkan oleh semua manusia. (berpijak di bumi nyata)
6. THABAT DAN MURUNAH
Tetap dan anjal. Tetap dari segi prinsip tetapi boleh berubah dari segi pelaksanaannya.
7. Ciri-ciri lain….
Risalah dan jalan penyampaian jelas.
Bergerak mengikut kemampuan.
Melaksanakan hazar (waspada).
Memudah dan jangan menyusahkan.
Tadrij (beransur-ansur)
Menimbang kemaslahatan dakwah demi memenuhi tuntutan syariat.

Ustaz Azman, menekankan aku mengenai konsep ke 6, Thabat dan Murunah, tetap dan anjal. Akhirnya, aku sedar approach dan pendekatan boleh berbeza tetapi prinsip mestilah sama. Kita mesti melihat secara holostik dan keseluruhan, meskipun berbeza pendekatan namun matlamat mereka sama. Cuma masalah hari ini, ada golongan yang jumud mengakatan hanya mereka betul lantas menyalah gerakan lain. Aku bertanya lagi, perlukan aku menyertai jemaah, dia mengambil contoh solat, boleh berjemaah dan sendirian, lebih afdzal berjemaah, namun tidak salah berseorangan.

Mungkin apa yang dimaksudkan oleh muslimat itu bagi pandangan peribadi Ustaz Azman, fikrah aku tidak sama dengan jemaah yang sertainya. Bila dalam jemaah 'baiyah' itu penting dalam menjamin kesepaduan sesuatu jemaah, bukan beerti fikrah yang aku ini menyimpang dari fikrah Islamiah.

Wasallam.

Khamis, 30 Julai 2009

Bangkit Dari Kesuraman Lalu

Hmm.. semalam aku mengenang memori lama, memori perit yang pernah aku lalui. Aku pernah ceritakannye dalam PERJALANAN HIDUPKU SEPANJANG ... 2008 & 2009 , namun disini aku suka menceritakan secara lebih mendalam. Kisahnya bermula, bila aku dan kengkawan balik kampung untuk perayaan dua tahun lepas. Bermula dari situ aku dengan sahabat baik ku, telah mengalami perubahan hidup yang cukup drastik.

Ketika itu juga, aku mengalami tekanan kerja yang cukup hebat. Sebagai seorang engineer dan seorang yang cukup hijau dalam alam pekerjaan, tekanan itu tidak mampu aku hadapi. Mungkin kerana ketika itu aku tidak cukup matang dan juga tidak cukup bersedia dalam menghadapi alam pekerjaan. Akhirnya, aku terpaksa mengambil jalan mudah dengan menghantar surat 'resignation'. Kegagalan aku bukan setakat di situ, perhubungan dalam mencari pasangan juga diakhiri dengan kegagalan. Mungkin kegagalan ini datang dengan satu pakej...

Pada masa yang sama aku berhasrat menlanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana, kerana aku fikir ianya jalan mudah bagi aku, menutup segala kegagalan aku. Aku malu kepada teman2 yang sudah berjaya dalam karier dan ada yang sudah berumah tangga, sedangkan aku semuanya hancur dan punah ranah. Aku ibarat sudah terjatuh, tersungkur pula...

Sebelum aku menyambung pengajian, kawan serumahku memberitahu tentang skim yang ditawarkan oleh Universiti kepada pelajar pasca-siswazah. Aku teruja dek khabar itu, namun ianya berlaku sebaliknya, aku gagal dalam mendapatkan skim berkenaan, malah pada masa itu penyeliaku tiada geran penyelidikan, aku terpaksa menanggung pengajianku sendiri... aku semakin tersepit dengan birokrasi di universiti. Namun, syukur aku mempunyai ibubapa yang cukup supportive, sanggup menjual kereta Iswara demi membiayai pengajianku. Kadang-kadang sayu mengenangkan nasib sebegini, namun inilah lumrah dunia...

Dikala itu aku semakin tersepit, makan bak kais pagi, kadang-kadang terpaksa ikat perut, sewa rumah terpaksa dibayar, air api, petrol semuanya perlukan wang, manakalah sumber kewangan aku hanya pada ibu bapa. Aku ibarat 'bebanan' pada orang tua aku sedangkan mereka perlu menumpukan pada adik-adik aku. Ketika ini, aku menghadapi 'inferiority complex' rasa rendah diri dan hilang keyakinan diri yang teramat sangat. Makin parah, aku pernah berkata dalam diriku yang aku ni hidup segan, mati tak mahu. Mungkin aku ibarat sampah yang bernyawa...

Pada masa sama aku cuba untuk mencari pasangan agar dapat menawar sedikit kepahitan ini. Agar dapat berkongsi masalah. Namun apakan daya, dunia sememangnya begini. Siapalah aku ketika itu, seorang penganggur, satu bebanan keluarga, apa harta aku ada? apa kerja aku lakukan? Ramai yang menolakku, ramai yang tidak memandangku.. Tapi aku segera sedar akan kedudukanku ketika itu...

Namun, dengan sedikit keazaman aku cuba bangkit. Aku berusaha kerana aku sendiri yang mampu mengubah nasib diri aku. Aku berusaha dan terus berusaha, aku berterima kasih dengan Pn Rokiah kaunselor, yang banyak memberi nasihat kepada ku, kepada al-fadhil Tn Hj Idris, yang bnyk membimbingku.

Dan aku semakin bersemangat kembali selepas itu, aku sering memberi semangat kepada orang termasuk sahabat karibku yang juga mengalami nasib seperti aku walaupun keadaan aku juga begitu. Aku bersyukur kepada Allah dengan berkat kesabaran aku bangkit semula..

Allah memberikan aku peluang ke-2, aku berterima kasih kerana aku mempunyai ibubapa dan keluarga yang cukup menyanyangi aku, aku cukup berterima kasih dengan teman-teman yang sering bersamaku ketika sukar.. Moga aku bangkit ke kemuncak untuk menakluk dunia...

Rabu, 29 Julai 2009

Bagai Majnum yang Gilakan ...

Dalam literature Arab, terdapat sebuah kisah Agung yang dinamakan sebagai 'Majnun dan Laila', manakala di eropah, karya ulung seperti 'Romeo dan Juliet' mendominasi betapa agungnya cinta dimuka bumi ini. Kisah 'Uda dan Dara' yang tersohor di nusantara ini tidak kurang hebatnya dengan menggunakan tema yang sama. Meskipun ianya dimamah usia, namun kesemuanya sudahpun menjadi 'mahakarya' unggul dan dalam kita tidak sedari ianya mencoraknya kehidupan manusia segajat sehingga ke hari ini.

Hari ini, tema cinta cukup penting dalam diri muda-mudi. Tidak kira di kaca TV, filem malah dalam novel sekali pun unsur-unsur cinta perlu ada dalam menghidup dan mengindahkan jalan cerita. Namun begitu, aku mempunyai definasi tersendiri dalam hal ini. Bagi aku cinta, merupakah satu yang menjengkelkan, menyakitkan dan memperbodohkan aku.

Sebagaimana kisah ’Majnun dan Laila’, Majnun seorang lelaki yang cukup hebat dan berbakat terpaksa mensia-siakan hidupnya semata-mata kerana mengejar cinta seorang yang bernama Laila. Akhinya, Majnun mati dipusara Laila. Sememangnya kisah tragis ini begitu menusuk ke kalbu. Namun, apakah begitu penting cinta Laila dalam diri Majnun ini? Meskipun aku tidak dapat menjawab persoalan ini namun timbul beberapa persoalan dalam diri aku..

Mungkin aku dilahirkan tidak sehebat dan tidak seulung Majnun, namun sebagai manusia, kita dilahirkan untuk berpasangan-pasangan dan disayang menyanyangi (selain konteks kekeluargaan). Namun, begitu apakah asas disebalik semua ini?

Bagi aku, seperti yang aku tegaskan, bagi aku cinta itu tiada yang indah (selain konteks cintakan Allah), melainkan kesedihan dan keperitan; mengharap cinta dari bidadari, menunggu bagai ’pungguk di merindu bulan’, bila ianya datang, aku cuba semaikannya namun bilamanya ianya hendak berbunga, ianya lesap entah ke mana??? Aku boleh diibaratkan seorang yang sesat di padang pasir yang kehausan, mencari di mana oasis, dengan langkah longkai ku mencari, bila mana ku lihat ada setompok air disitu muncul sebuah harapan, dan bila ku melangkah kearah air itu, semuanya hilang rupa-rupanya ku sedar itu hanyalah FATAMORGANA...

Kini aku sedar, dan aku kembali renungkan betapa bodohnya diri aku... Cinta bukan sesuatu yang patut aku dicari.. Cuma yang perlu, aku menunggu jodoh yang sesuatu buatku.

Ameen.

Rabu, 15 Julai 2009

Mimpi Yang Tak Sudah

Mimpi Yang Tak Sudah
Penyanyi: Ibnor Rizal

Apa makna impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi

Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Dalam kenangan
Yang bernama pengalaman

Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian

Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah

Selasa, 14 Julai 2009

Antara Cinta dan Cita-cita

Di sini aku cuba coretkan sebahagian puisi yang ku kutip dari blog; www.kapasitor.net.

****

Antara cinta dan cita-cita ,
Mengapa perlu ada yang pertama ,
Mengapa tidak dipilih yang kedua ,
Bukan kah mereka sama kepentingannya .

Antara cinta dan cita-cita ,
Bukan kah kita yang menentukannya ,
Asalkan betul pada caranya ,
Mereka berdua dapat bersama .

Tapi kamu bertanya ,

Adakah cita-cita menghalang cinta ,
Ataupun cinta yang melengahkan kita ,
Dalam odesi mencapai kerjaya ,
Yang belum tentu kekal selamanya .

Memang cinta memakan masa ,
Memang cinta menghabiskan tenaga ,
Tapi apakah erti cita-cita ,
Sedangkan diri kehausan cinta


****

Dalam puisi yang dicoretkan ini, ia benar menusuk jiwa. Ianya mengimbas kembali dikala aku melangkah keluar dari menara gading. Aku kita itu 'very ambitious'. Dan, aku sanggup mengorbankan CINTA demi cita-cita. Namun, aku tersungkur rebah kerana ku tidak mampu mencapai cita-cita. Syukur aku bangkit akhirnya.....


Meskipun aku bukan seorang seniman, baris-baris puisi ini cukup bermakna. Puisi hanya berkisar mengenai dua perkara, iaitu Cinta dan Cita-cita. Dua baris ini cukup penting untuk ditenung;

Adakah cita-cita menghalang cinta ,
Ataupun cinta yang melengahkan kita ,

Dan baris ini, mereka seribu pengertian kepada aku..

Tapi apakah erti cita-cita ,
Sedangkan diri kehausan cinta

P/s: Harap 'si dia' tidak mengulangi kesilapan seperti aku..

Genap Setahun Aku di UniKL MICET

UniKL Micet - Tempat Kerjaku Kini

Tanggal 15 July 2008.. aku diterima masuk di UniKL MICET sebagai pem. pensyarah. Dan hari ni 15.7.2009, genap setahun aku di sini. Sebelum aku di sini, aku seorang adalah 'penganggur tehormat'. Aku bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana aku diberi peluang untuk berada disini. Kehadiran aku di sini membanggakan kedua orang tua aku yang menginginkan aku berjaya. Moga aku dapat membalas jasa mereka.

Ameen.

Rabu, 24 Jun 2009

PERJALANAN HIDUPKU SEPANJANG ... 2008 & 2009

Hidup ini ibarat roda, adakala di atas ada kala di bawah, aku imbasi hidupku sepanjang setahun yang lalu bila bergelar sebagai seorang pelajar Sarjana di sebuah universiti awan di Lembah Kelang. Namun begitu aku lebih suka menggelar diriku sebagai 'penganggur terhormat'. Apa tidaknya, aku gagal mendapat pembiayaan biasiswa, dan mengharapkan hanya duit ibu bapaku sebagai modal untk aku mengharungi pembelajaranku. Aku begitu stress ketika itu, aku menghidapi 'inferiority complex' rasa rendah diri dan hilang keyakinan diri. Namun, berbekalkan sedikit keazaman, dan kesungguhan aku tabah hati, aku berusaha kerana aku yakin nasib dan masa depan aku hanya aku yang mampu mengubahnya..

Dan hari ni, aku bersyukur pada Tuhan, aku amat berterima kasih dengan ibubapa ku, sahabat yng sering memberi semangat pada aku.