Khamis, 30 Julai 2009

Bangkit Dari Kesuraman Lalu

Hmm.. semalam aku mengenang memori lama, memori perit yang pernah aku lalui. Aku pernah ceritakannye dalam PERJALANAN HIDUPKU SEPANJANG ... 2008 & 2009 , namun disini aku suka menceritakan secara lebih mendalam. Kisahnya bermula, bila aku dan kengkawan balik kampung untuk perayaan dua tahun lepas. Bermula dari situ aku dengan sahabat baik ku, telah mengalami perubahan hidup yang cukup drastik.

Ketika itu juga, aku mengalami tekanan kerja yang cukup hebat. Sebagai seorang engineer dan seorang yang cukup hijau dalam alam pekerjaan, tekanan itu tidak mampu aku hadapi. Mungkin kerana ketika itu aku tidak cukup matang dan juga tidak cukup bersedia dalam menghadapi alam pekerjaan. Akhirnya, aku terpaksa mengambil jalan mudah dengan menghantar surat 'resignation'. Kegagalan aku bukan setakat di situ, perhubungan dalam mencari pasangan juga diakhiri dengan kegagalan. Mungkin kegagalan ini datang dengan satu pakej...

Pada masa yang sama aku berhasrat menlanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana, kerana aku fikir ianya jalan mudah bagi aku, menutup segala kegagalan aku. Aku malu kepada teman2 yang sudah berjaya dalam karier dan ada yang sudah berumah tangga, sedangkan aku semuanya hancur dan punah ranah. Aku ibarat sudah terjatuh, tersungkur pula...

Sebelum aku menyambung pengajian, kawan serumahku memberitahu tentang skim yang ditawarkan oleh Universiti kepada pelajar pasca-siswazah. Aku teruja dek khabar itu, namun ianya berlaku sebaliknya, aku gagal dalam mendapatkan skim berkenaan, malah pada masa itu penyeliaku tiada geran penyelidikan, aku terpaksa menanggung pengajianku sendiri... aku semakin tersepit dengan birokrasi di universiti. Namun, syukur aku mempunyai ibubapa yang cukup supportive, sanggup menjual kereta Iswara demi membiayai pengajianku. Kadang-kadang sayu mengenangkan nasib sebegini, namun inilah lumrah dunia...

Dikala itu aku semakin tersepit, makan bak kais pagi, kadang-kadang terpaksa ikat perut, sewa rumah terpaksa dibayar, air api, petrol semuanya perlukan wang, manakalah sumber kewangan aku hanya pada ibu bapa. Aku ibarat 'bebanan' pada orang tua aku sedangkan mereka perlu menumpukan pada adik-adik aku. Ketika ini, aku menghadapi 'inferiority complex' rasa rendah diri dan hilang keyakinan diri yang teramat sangat. Makin parah, aku pernah berkata dalam diriku yang aku ni hidup segan, mati tak mahu. Mungkin aku ibarat sampah yang bernyawa...

Pada masa sama aku cuba untuk mencari pasangan agar dapat menawar sedikit kepahitan ini. Agar dapat berkongsi masalah. Namun apakan daya, dunia sememangnya begini. Siapalah aku ketika itu, seorang penganggur, satu bebanan keluarga, apa harta aku ada? apa kerja aku lakukan? Ramai yang menolakku, ramai yang tidak memandangku.. Tapi aku segera sedar akan kedudukanku ketika itu...

Namun, dengan sedikit keazaman aku cuba bangkit. Aku berusaha kerana aku sendiri yang mampu mengubah nasib diri aku. Aku berusaha dan terus berusaha, aku berterima kasih dengan Pn Rokiah kaunselor, yang banyak memberi nasihat kepada ku, kepada al-fadhil Tn Hj Idris, yang bnyk membimbingku.

Dan aku semakin bersemangat kembali selepas itu, aku sering memberi semangat kepada orang termasuk sahabat karibku yang juga mengalami nasib seperti aku walaupun keadaan aku juga begitu. Aku bersyukur kepada Allah dengan berkat kesabaran aku bangkit semula..

Allah memberikan aku peluang ke-2, aku berterima kasih kerana aku mempunyai ibubapa dan keluarga yang cukup menyanyangi aku, aku cukup berterima kasih dengan teman-teman yang sering bersamaku ketika sukar.. Moga aku bangkit ke kemuncak untuk menakluk dunia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan