Rabu, 29 Julai 2009

Bagai Majnum yang Gilakan ...

Dalam literature Arab, terdapat sebuah kisah Agung yang dinamakan sebagai 'Majnun dan Laila', manakala di eropah, karya ulung seperti 'Romeo dan Juliet' mendominasi betapa agungnya cinta dimuka bumi ini. Kisah 'Uda dan Dara' yang tersohor di nusantara ini tidak kurang hebatnya dengan menggunakan tema yang sama. Meskipun ianya dimamah usia, namun kesemuanya sudahpun menjadi 'mahakarya' unggul dan dalam kita tidak sedari ianya mencoraknya kehidupan manusia segajat sehingga ke hari ini.

Hari ini, tema cinta cukup penting dalam diri muda-mudi. Tidak kira di kaca TV, filem malah dalam novel sekali pun unsur-unsur cinta perlu ada dalam menghidup dan mengindahkan jalan cerita. Namun begitu, aku mempunyai definasi tersendiri dalam hal ini. Bagi aku cinta, merupakah satu yang menjengkelkan, menyakitkan dan memperbodohkan aku.

Sebagaimana kisah ’Majnun dan Laila’, Majnun seorang lelaki yang cukup hebat dan berbakat terpaksa mensia-siakan hidupnya semata-mata kerana mengejar cinta seorang yang bernama Laila. Akhinya, Majnun mati dipusara Laila. Sememangnya kisah tragis ini begitu menusuk ke kalbu. Namun, apakah begitu penting cinta Laila dalam diri Majnun ini? Meskipun aku tidak dapat menjawab persoalan ini namun timbul beberapa persoalan dalam diri aku..

Mungkin aku dilahirkan tidak sehebat dan tidak seulung Majnun, namun sebagai manusia, kita dilahirkan untuk berpasangan-pasangan dan disayang menyanyangi (selain konteks kekeluargaan). Namun, begitu apakah asas disebalik semua ini?

Bagi aku, seperti yang aku tegaskan, bagi aku cinta itu tiada yang indah (selain konteks cintakan Allah), melainkan kesedihan dan keperitan; mengharap cinta dari bidadari, menunggu bagai ’pungguk di merindu bulan’, bila ianya datang, aku cuba semaikannya namun bilamanya ianya hendak berbunga, ianya lesap entah ke mana??? Aku boleh diibaratkan seorang yang sesat di padang pasir yang kehausan, mencari di mana oasis, dengan langkah longkai ku mencari, bila mana ku lihat ada setompok air disitu muncul sebuah harapan, dan bila ku melangkah kearah air itu, semuanya hilang rupa-rupanya ku sedar itu hanyalah FATAMORGANA...

Kini aku sedar, dan aku kembali renungkan betapa bodohnya diri aku... Cinta bukan sesuatu yang patut aku dicari.. Cuma yang perlu, aku menunggu jodoh yang sesuatu buatku.

Ameen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan