Memaparkan catatan dengan label Myself. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Myself. Papar semua catatan

Selasa, 27 Mac 2012

Bingung...


Ianya sebuah tamparan dalam hidup.. pemergian ayahanda tercinta membuatkan aku binggung..
Ya Allah, tempatkan roh ayahku di sisi orang2 yang beriman..

Khamis, 11 Mac 2010

VIVA Voche - satu perjalanan

3 tahun lepas, aku melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana setelah aku mengambil keputusan untuk berhenti dari kerja. Sebenarnya aku langsung tiada niat untuk menyambung pelajaran, cuma itu merupakan satu alasan untuk berhenti, kerana aku agak buntu ketika itu. Setelah aku menyambung pengajian, aku mengharapkan ada sedikit funding atau peruntukan untuk aku sebagai sara diri aku, namun segala harapan aku sia-sia, aku hanya mengharap 100% duit dari parentku, sehinggakan aku terkena sindrom rendah diri yang teramat sangat dan malu terhadap rakan2 lama ku. Sudah lah hilang perkejaan, terpaksa bergantung harap pada ibubapa, malah researchku tidak bergeran. Aku cukup buntu, hingga aku rasakan aku ni langsung tidak berguna. Namun, aku cuba berusaha untuk berjaya, dan alhamdulillah aku berjaya harunginya dengan penuh tenang...

Syukur pada tuhan, terima kasih pada ibubapa...

Ahad, 7 Mac 2010

Menghitung Hari...

48 jam lagi untuk VIVAVOCHE.. persediaan masih skit.. disamping usaha yang terdaya hanya doa dan harapan yg mampu ku panjat, semoga aku berjaya menghadapi cabaran yang terbesar dan klimaks untuk Master Degree ku...

Jumaat, 5 Mac 2010

Konsep JIER


Dalam kehidupan seharian, kita selalu melihat seseorang itu berjaya, namun kejayaan setiap orang itu tidak akan sama antara satu sama lain, jika dilihat mungkin seorang itu berjaya dengan kerjaya namun gagal dalam aspek lain, mungkin berjaya dalam aspek lain tapi gagal dalam aspek ini. Namun seseorang yang unggul itu perlu seimbang dari segi pembangunan jasmani dan rohani.


Konsep J.I.E.R merupakan approach atau teknik utk mencipta personaliti unggul, dengan menggabungkan keseimbangan empat elemen jasmani, intelektual, emosi dan rohani. Setiap elemen berkait sama lain bagi membentuk satu personaliti unggul; berkarisma, berdaya saing, berkarakter dan disenangi.

Selasa, 2 Mac 2010

Viva Voche

Seminggu lagi, 10/03/10 merupakan hari penentuan bagiku. Viva Voche-ku yang ditunggu-tunggu sudah tiba.

Aku mengharapkan sesuatu yang positif.. Insya Allah.

Isnin, 1 Mac 2010

Masa Yang Berlalu

Masa berlalu dengan pantas... ianya berlalu tidak akan kembali, begitulah hukum alam, hukum yang tidak mampu diubah oleh manusia.

Bila aku membuka kembali blog ini, dalam tempoh beberapa bulan ini, banyak sekali perkara yang telah aku lalui dan aku tempohi. Masa ini mengubah keadaan, jika diimbas kembali aku bukan siapa, seorang penganggur setelah aku berhenti dari pekerjaan ku sebagai engineer, namun detik sukar aku tempuhi dengan tabah, masa berlalu dan hari ini aku berdiri sebagai seorang hamba, seorang anak dan sebagai seorang SUAMI...

Selasa, 15 September 2009

Al-hamdulillah... Akhir Nya..

Hari ini merupakan hari yang cukup penting dalam diari hidupku, meskipun memeritkan serta memeritkan.. namun aku cukup gembira. Sekarang baru 3.40 ptg ada lebih kurang 4 jam hendak berbuka. Hari ini juga perjalananku cukup panjang, dari Melaka ke Shah Alam, mungkin akan balik ke kampung halamanku. Tapi aku bersyukur kerana dapat menghantar thesis aku, namun ralat dalam hati aku.. aku terpaksa membayar rm 500 sbg yuran thesis, sesuatu yang memeritkan bagi aku... Nampaknya.. tahun ni sememangnye aku tidak leh enjoy beraya.. sebab kehabisan duit.. huhuhu...

Ahad, 30 Ogos 2009

Fasa ke 2 Ramadhan

Sedar tak sedar sudah masuk fasa ke 2 ramadhan, sepanjang ramadhan ini aku agak 'slow' seperti yang dikatakan oleh sahabat2 aku, mungkin kepenatan dek puasa. Jika dinilai dari segi produktiviti semamangnya langsung tidak produktif seperti bulan, sebelumnya. Apapun dalam fasa ke 2, aku harap aku bakal menggunakan sepenuhnya ruang yang ada, dan mempertingkatkan prestasi dari segala aspek, sebagai insan, anak, abang, pensyarah, kawan dan etc.

Di sini tidak lupa juga aku mengucapkan takziah kepada Ustaz Asri Rabbani, serta Prof Datuk Dr Ismail Salleh, semoga pemergiannya di cucuri rahmat.

Ahad, 23 Ogos 2009

Ramadhan al-Mubarak

Salam Ramadhan,

Kebiasaannya Ramadhan bagi aku adalah seperti bulan yang biasa, cuma bezanya kita melakukan ibadat puasa dalam tempoh sebulan bulan ini. Namun, tanggapan aku ini berubah bila aku menjadi guru disebuah sekolah agama di kampung halaman ku. Dan disitulah aku menyedari ramadhan itu adalah lebih dari apa yang aku lalui selama ini. Bila bercerita tentang ramadhan, sebelum ini aku kira aku hanya berlapar dan dahaga, namun tidak ada yang lebih dari itu... Aku bertekad aku mahu menjadikan ramadhan kali ini, lebih terisi berbanding dengan sebelum-sebelum ini... InsyaAllah.

Isnin, 10 Ogos 2009

Berbicara dengan Ustaz Saufi

Hati aku tergerak menelefon Ustaz Saufi tadi, sebenarnya aku memang sudah lama hendak bertemu dengannya. Namun, banyak halangan yang membantutkan usaha aku ini. Sememang aku amat suka berkawan dengan orang-orang yang tinggi ilmu tak kisah dari apa aspek agama, kejuruteraan, dan sebagainya. Bagi aku bila mendampangi orang yang berilmu akan mendapat tempiasnya. Bila berbicara dengan Ustaz Saufi, jiwa ku kini kembali tenang dengan apa yang diceritakan.

Jiwa Kembali Kacau

Hari ini aku melangkah kerja dengan penuh bersemangat, aku mahu melupakan perkara-perkara 'bodoh' yang aku lalui sepanjang tempoh 4 bulan ni. Namun, bila saja aku membuka komputer, aku terbaca sesuatu yang cukup membebankan aku. Entah macam mana aku hendak menghadapi hari ini. Aku cukup terguris....

Rabu, 5 Ogos 2009

Mengharmonikan Dua Aliran yang Berbeza

Salam,

Ketika aku ke cafe pagi ini, aku melihat Ustz. Azman dan En Ramli dengan seronok bersembang mengenai satu isu. Lantas segera kau mendekati mereka untuk mendengar topic perbincangan mereka. Ianya satu topik yang cukup menarik, mengenai isu halal dan haram. En Ramli pernah berkhidmat dengan MARDI, dan boleh dikatakan pakar dalam pemprosesan makanan. Isu yang dibangkitkan oleh En Ramli cukup simple, iaitu mengenai alkohol. Alkohol yang berlaku dalam proses membuat makanan, sebagai contoh membuat cuka atau tapai. Sebelum menjadi cuka, atau tapai, dipertengahan prosesnya akan terhasilnya alkohol dan boleh menyebabkan kemabukan. Namun, end productnya adalah cuka, yang biasa digunakan pada kegunaan harian. Ini menimbulkan percanggahan antara saintis dan tokoh agama. Begitu juga dengan keraguan tentang minyak wangi beralkohol, sesetangah pendapat mengatakan ianya haram dipakai ketika sembahyang, sebaliknya mengatakan boleh. Disini saya tidak mahu mengulas lebih lanjut, apa yang kami perbincangkan, sekadar menceritakan bila dua aliran, bertemu menyebab timbul berbagai percanggah. Ini kerana, kebanyakan saintis kurang kefahaman tentang agama, dan tokoh agama kurang pengetahuan mengenai sains. Namun, kita perlu mencari titik pertemua sekiranya dua aliran ini bertembung, dan menghormanikannya. Bagi saya, sains amat penting pada hari ni, kerana sains dan teknologi itu menyumbang kearah kemajuan sesebuah negara, namun ia perlu sejajar dengan kehendak Islam.

Selasa, 4 Ogos 2009

Mencari Erti Sebenar 'Fikrah'

Salam,

Menceritakan mengenai 'fikrah' Islam ni, aku sudah terdedah sejak aku di alam persekolahan, ketika itu aku memasuki jemaah dan usrah, kerana amat tertarik mengenai agama Islam. Apa yang sering dikatakan oleh senior-senior sebelum ini, jemaah ini ibarat sebuah kapal yang sedang belayar, dan ianya dapat mengharungi gelombang-gelombang. Maksudnya, jemaah ini merupakan satu saluran untuk menghadapi dugaan dunia luar.

Namun ketika aku menyambung pengajian pada peringkat tinggi, aku tidak menyertai usrah, namun ini bukan beerti aku tidak bergaul dengan 'budak-budak surau'. Ketika ini, aku suka bergaul dengan rakan sekuliah, sebenarnya diantara rakan sekuliah aku, ada yang dari SEMAZA. Tok Jiring, dan juga KIK. Mereka sendiri pun faham tentang fikrah ini, namun tidak menyertai aktiviti usrah di ITM (ketika itu). Ketika ini, aku sedar ada benarnya kata senior aku, disebabkan tidak berjemaah menyebabkan kita sering lalai. Tetapi, disebalik itu aku melihat sesuatu tentang ’budak-budak surau’. Pertama, mereka sering bergaul dengan golongan mereka, kedua, ramai juga yang ekstrim dalam wadah perjuangan mereka sehinggakan akademik mereka hancur, ketiga ada yang terlalu lantang bercakap sehinggakan orang tidak menyukai mereka. Keempat, ada segelintir mempunyai niat tersembunyi disebalik wadah ini. Ini merupakan padangan peribadi aku, bukan untuk berprasangka buruk.

Selepas itu, aku berfikir ketika aku di dalam jemaah, aku tahu ramai yang tidak suka akan kami, dan sinilah aku sedar, pandangan-pandangan mereka. Sesungguhnya, adakalanya, kita tidak sedar mengenai sesuatu ketika di dalam, tetapi bila diluar barulah kita menyedari presepsi orang ramai mengenai jemaah.

Aku mula menjauhi jemaah, sehingga aku melanjutkan pengajian pada sarjana Muda di Shah Alam, ketika ini, aku hanyut dalam gelombang, hanya menumpukan mengenai pelajaran, dan membiar jiwa kosong tidak bersantap.

Keadaan ini berterusan sehingga aku bekerja, hinggalah ketika aku mengalami kejatuhan dalam hidupku, dan ketika itu aku tercari-cari sebab mengapa dan kenapa. Dalam proses, bangkit aku mula mendampingi orang-orang yang berilmu. Terutamanya, ketika aku berkawan dengan Ustaz Saufi ketika aku menjadi guru ganti di SMI Aman, KB. Berkawan dengan orang yang soleh, aku bagai mendapat tempias dari kesolehannya dan di sini memulangkan memori lama ketika aku berjemaah. Setelah itu, aku berjumpa dengan Tuan Haji Idris, Ketua Iman UiTM Shah Alam, dia menegaskan, jika seekor kambing sesat di padang pasir senanglah untuk dibaham oleh serigala, tapi jika sekawan agak sukar bagi sang serigala membaham mereka. Dan aku faham apa yang di katakan oleh nya dan ia terjadi pada diriku.

Namun, bila bercerita dalam konteks berkumpulan, atau jemaah, aku mula mencari dimanakah aku, aku mendengar satu hadis yang menceritakan di akhir zaman ini umat Islam akan berpecah kepada 73 golongan, dan 1 golongan yang akan masuk syurga. Dengan kefahaman, yang cetek aku mencari dimanakah satu golongan ini. Jika dilihat gerakan Islam pada hari ni terlampau banyak dan tidak terhitung dengan jari. Aku ada berkawan dengan golongan ’tabligh’ malah aku mengakumi Prof Ku Halim yang aktif dalam tabligh, aku melihat ada golongan tajdid, kaum muda yang menolak bidaah, ada juga yang dikatakan tarekat, serta jemaah spt ISMA, ABIM, JIM dan sebagainya. Malah ada yang digelar muktazilah, salaf, syiah, hizbut tahrir dan banyak lagi. Jika dikira mereka ini gerakan Islam, tapi seolah-olah mereka dalam liga berlainan. Aku mula pening, aku pernah diberitahu oleh seorang kawan yang menyertai tarekat, dia mengatakan dia tidak boleh berjumpa dengan golongan tabligh kerana, pembawakan mereka berbeza. Aku tanya diriku, kenapa perlu saling menolak antara satu sama lain, sedangkan kedua-duanya memperjuangkan Islam.

Aku mula mencari jawapan, aku sering membaca blog, ada yang takfir-menakfir, golongan ini sesat, yang ini salah sehinggakan lebih memeritkan seorang Dr menyaman seorang ustaz kerana berbeza fahaman. Ianya membuat aku keliru.

Ketika ini aku hanya memerhati, sehingga pada satu hari ada seorang muslimat mengatakan bahawa fikrah aku tidak sama dengan fikrahnya. Kemudian, aku mula mencari apa erti ’fikrah’ dalam erti kata sebenar sedangkan perkataan ini sudah aku ketahui dahulu. Lantas, ku berjumpa dengan Ustaz Azman yang merupakan rakan sepejabat, dan boleh dikatakan guruku. Aku mendengar pandangannya, mengenai fikrah Islam dan dia mengatakan fikrah aku dalam keadaan yang betul dan tidak terpesong, dengan menerangkan prinsip seperti berikut;

1. RABBANIYYAH
Islam datang dari Allah yang bersifat Rab.
Akan melahirkan mukmin bersifat Rabbani iaitu beriltizam dengan Islam dari segi iktikad, pemikiran, cita-cita, percakapan, dan perbuatan.
Sumber Rabbani; asas pembentukan dan perkembangan individu dan masyarakat.
2. SYUMUL
Lengkap dan mencakupi (menyeluruh)
a) dasar dan teras manhaj.
b) kesan pembentukan terhadap manusia yang menerimanya.
c) Pelaksanaan untuk mencapai matlamatnya.
3. INQILABIYAH
Melaksanakan perubahan total iaitu dengan mencabut dan meruntuhkan jahiliyyah serta membangunkan atau menegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah itu. Mesti bersifat tajarrud, iaitu membebaskan diri daripada prinsip lain daripada Islam.
4. ALAMIYAH
Dakwah untuk semua manusia, tidak kira bangsa, warna kulit dan keturunan.
Nilai-nilai Islam bersifat sejagat. Menjamin hak asasi manusia.
5. WAQI’IYYAH
Praktikal bukan utopia, semula jadi atau mampu diamalkan oleh semua manusia. (berpijak di bumi nyata)
6. THABAT DAN MURUNAH
Tetap dan anjal. Tetap dari segi prinsip tetapi boleh berubah dari segi pelaksanaannya.
7. Ciri-ciri lain….
Risalah dan jalan penyampaian jelas.
Bergerak mengikut kemampuan.
Melaksanakan hazar (waspada).
Memudah dan jangan menyusahkan.
Tadrij (beransur-ansur)
Menimbang kemaslahatan dakwah demi memenuhi tuntutan syariat.

Ustaz Azman, menekankan aku mengenai konsep ke 6, Thabat dan Murunah, tetap dan anjal. Akhirnya, aku sedar approach dan pendekatan boleh berbeza tetapi prinsip mestilah sama. Kita mesti melihat secara holostik dan keseluruhan, meskipun berbeza pendekatan namun matlamat mereka sama. Cuma masalah hari ini, ada golongan yang jumud mengakatan hanya mereka betul lantas menyalah gerakan lain. Aku bertanya lagi, perlukan aku menyertai jemaah, dia mengambil contoh solat, boleh berjemaah dan sendirian, lebih afdzal berjemaah, namun tidak salah berseorangan.

Mungkin apa yang dimaksudkan oleh muslimat itu bagi pandangan peribadi Ustaz Azman, fikrah aku tidak sama dengan jemaah yang sertainya. Bila dalam jemaah 'baiyah' itu penting dalam menjamin kesepaduan sesuatu jemaah, bukan beerti fikrah yang aku ini menyimpang dari fikrah Islamiah.

Wasallam.

Ahad, 2 Ogos 2009

Berfikiran Negatif vs Jumud

Aku tidak kisah jika seseorang itu mengatakan aku berfikiran negatif, atau pesimistik. Sebenarnya aspek berfikir perlu ada positif dan negatif, dengan mengambil contoh seorang researcher, kebanyakan mereka akan melakukan satu kajian dan optimis untuk mendapatkan result atau yield yang terbaik. Namun, sedar tak sedar kenapa research yang dilakukan di Universiti2 kebykn tdk dpt dikomersilkan and kenapa perlu la konsep 'transfer of technology' atau 'pilot scale' dalam pendekatan kejuruteraan? Ini kerana antara sebabnya mereka memikirkan kesan negatif dari kajian itu. Sebab itu, sebagai engineer yang bagus kita perlu berfikir secara makro, bukan secara mikro. Sbg contoh, kita boleh menghasilkan satu produk yang bagus, tapi adakah nilai pasarannya releven. Berfikiran negatif bukan beerti seseorang itu tidak optimis, mungkin ianya dibuat setelah melihat kesan secara makro.

Manakala, jumud bererti tidak bernyawa, atau boleh didefinasikan bermaksud fix atau pegun. Hal ini berlaku bilamana tidak boleh menerima pandangan selain apa yang kita tahu, dan sukar menerima pembaharuan yang dibawa oleh orang. Konsep ini menyebabkan kita akan berada statik pada tempat kita selamanya. Berfikir di luar kotak perlu untuk membawa perubahan tak kita dari pelbagai aspek, teknologi, atau kehidupan agar membawa sesuatu ke arah yang positif.

Bagi aku, positif, negatif, jumud, kolot itu tidak penting. Adakala terlampau positif juga tidak bagus, kadangkala kita akan syok sendiri dan mengatakan kita saja bagus, yang lebih bagus, meletakkan semua ini kene pada keadaannya.

*Terpulang kepada seseorang itu mengatakan kita ini negatif atau positif. Yang penting kita tahu tindakan kita kene pada keadaanya.

Khamis, 30 Julai 2009

Bangkit Dari Kesuraman Lalu

Hmm.. semalam aku mengenang memori lama, memori perit yang pernah aku lalui. Aku pernah ceritakannye dalam PERJALANAN HIDUPKU SEPANJANG ... 2008 & 2009 , namun disini aku suka menceritakan secara lebih mendalam. Kisahnya bermula, bila aku dan kengkawan balik kampung untuk perayaan dua tahun lepas. Bermula dari situ aku dengan sahabat baik ku, telah mengalami perubahan hidup yang cukup drastik.

Ketika itu juga, aku mengalami tekanan kerja yang cukup hebat. Sebagai seorang engineer dan seorang yang cukup hijau dalam alam pekerjaan, tekanan itu tidak mampu aku hadapi. Mungkin kerana ketika itu aku tidak cukup matang dan juga tidak cukup bersedia dalam menghadapi alam pekerjaan. Akhirnya, aku terpaksa mengambil jalan mudah dengan menghantar surat 'resignation'. Kegagalan aku bukan setakat di situ, perhubungan dalam mencari pasangan juga diakhiri dengan kegagalan. Mungkin kegagalan ini datang dengan satu pakej...

Pada masa yang sama aku berhasrat menlanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana, kerana aku fikir ianya jalan mudah bagi aku, menutup segala kegagalan aku. Aku malu kepada teman2 yang sudah berjaya dalam karier dan ada yang sudah berumah tangga, sedangkan aku semuanya hancur dan punah ranah. Aku ibarat sudah terjatuh, tersungkur pula...

Sebelum aku menyambung pengajian, kawan serumahku memberitahu tentang skim yang ditawarkan oleh Universiti kepada pelajar pasca-siswazah. Aku teruja dek khabar itu, namun ianya berlaku sebaliknya, aku gagal dalam mendapatkan skim berkenaan, malah pada masa itu penyeliaku tiada geran penyelidikan, aku terpaksa menanggung pengajianku sendiri... aku semakin tersepit dengan birokrasi di universiti. Namun, syukur aku mempunyai ibubapa yang cukup supportive, sanggup menjual kereta Iswara demi membiayai pengajianku. Kadang-kadang sayu mengenangkan nasib sebegini, namun inilah lumrah dunia...

Dikala itu aku semakin tersepit, makan bak kais pagi, kadang-kadang terpaksa ikat perut, sewa rumah terpaksa dibayar, air api, petrol semuanya perlukan wang, manakalah sumber kewangan aku hanya pada ibu bapa. Aku ibarat 'bebanan' pada orang tua aku sedangkan mereka perlu menumpukan pada adik-adik aku. Ketika ini, aku menghadapi 'inferiority complex' rasa rendah diri dan hilang keyakinan diri yang teramat sangat. Makin parah, aku pernah berkata dalam diriku yang aku ni hidup segan, mati tak mahu. Mungkin aku ibarat sampah yang bernyawa...

Pada masa sama aku cuba untuk mencari pasangan agar dapat menawar sedikit kepahitan ini. Agar dapat berkongsi masalah. Namun apakan daya, dunia sememangnya begini. Siapalah aku ketika itu, seorang penganggur, satu bebanan keluarga, apa harta aku ada? apa kerja aku lakukan? Ramai yang menolakku, ramai yang tidak memandangku.. Tapi aku segera sedar akan kedudukanku ketika itu...

Namun, dengan sedikit keazaman aku cuba bangkit. Aku berusaha kerana aku sendiri yang mampu mengubah nasib diri aku. Aku berusaha dan terus berusaha, aku berterima kasih dengan Pn Rokiah kaunselor, yang banyak memberi nasihat kepada ku, kepada al-fadhil Tn Hj Idris, yang bnyk membimbingku.

Dan aku semakin bersemangat kembali selepas itu, aku sering memberi semangat kepada orang termasuk sahabat karibku yang juga mengalami nasib seperti aku walaupun keadaan aku juga begitu. Aku bersyukur kepada Allah dengan berkat kesabaran aku bangkit semula..

Allah memberikan aku peluang ke-2, aku berterima kasih kerana aku mempunyai ibubapa dan keluarga yang cukup menyanyangi aku, aku cukup berterima kasih dengan teman-teman yang sering bersamaku ketika sukar.. Moga aku bangkit ke kemuncak untuk menakluk dunia...

Rabu, 29 Julai 2009

Bagai Majnum yang Gilakan ...

Dalam literature Arab, terdapat sebuah kisah Agung yang dinamakan sebagai 'Majnun dan Laila', manakala di eropah, karya ulung seperti 'Romeo dan Juliet' mendominasi betapa agungnya cinta dimuka bumi ini. Kisah 'Uda dan Dara' yang tersohor di nusantara ini tidak kurang hebatnya dengan menggunakan tema yang sama. Meskipun ianya dimamah usia, namun kesemuanya sudahpun menjadi 'mahakarya' unggul dan dalam kita tidak sedari ianya mencoraknya kehidupan manusia segajat sehingga ke hari ini.

Hari ini, tema cinta cukup penting dalam diri muda-mudi. Tidak kira di kaca TV, filem malah dalam novel sekali pun unsur-unsur cinta perlu ada dalam menghidup dan mengindahkan jalan cerita. Namun begitu, aku mempunyai definasi tersendiri dalam hal ini. Bagi aku cinta, merupakah satu yang menjengkelkan, menyakitkan dan memperbodohkan aku.

Sebagaimana kisah ’Majnun dan Laila’, Majnun seorang lelaki yang cukup hebat dan berbakat terpaksa mensia-siakan hidupnya semata-mata kerana mengejar cinta seorang yang bernama Laila. Akhinya, Majnun mati dipusara Laila. Sememangnya kisah tragis ini begitu menusuk ke kalbu. Namun, apakah begitu penting cinta Laila dalam diri Majnun ini? Meskipun aku tidak dapat menjawab persoalan ini namun timbul beberapa persoalan dalam diri aku..

Mungkin aku dilahirkan tidak sehebat dan tidak seulung Majnun, namun sebagai manusia, kita dilahirkan untuk berpasangan-pasangan dan disayang menyanyangi (selain konteks kekeluargaan). Namun, begitu apakah asas disebalik semua ini?

Bagi aku, seperti yang aku tegaskan, bagi aku cinta itu tiada yang indah (selain konteks cintakan Allah), melainkan kesedihan dan keperitan; mengharap cinta dari bidadari, menunggu bagai ’pungguk di merindu bulan’, bila ianya datang, aku cuba semaikannya namun bilamanya ianya hendak berbunga, ianya lesap entah ke mana??? Aku boleh diibaratkan seorang yang sesat di padang pasir yang kehausan, mencari di mana oasis, dengan langkah longkai ku mencari, bila mana ku lihat ada setompok air disitu muncul sebuah harapan, dan bila ku melangkah kearah air itu, semuanya hilang rupa-rupanya ku sedar itu hanyalah FATAMORGANA...

Kini aku sedar, dan aku kembali renungkan betapa bodohnya diri aku... Cinta bukan sesuatu yang patut aku dicari.. Cuma yang perlu, aku menunggu jodoh yang sesuatu buatku.

Ameen.

Isnin, 20 Julai 2009

Final Year Project Student

Semalam, lebih dari 20 students dtg berjumpe ngn saya semata-mata bertanya sudi atau tidak menjadi supervisor diorang. Sebenarnya, bukan tidak sudi tapi tidak berkemampuan dalam hal ini, sebelum ni aku menerima 7 orang tp bos kata cukup sekadar 3-4 orang.
Bagi aku, aku bukan orang yang terbaik kalu hendak jadi seorang supervisor. Seorang supervisor perlu knowledgable, oriented & influential. Aku perlu menjadi seorang yang lebih matang sekiranya aku mahu menjadi seorang supervisor yang baik. Insya Allah.. aku yang menghadapi cabaran ini dan sekali gus memperbaiki kelemahan di masa akan datang.

Ahad, 19 Julai 2009

Harry Porter, Nada Murni, Nenek Jumaah & Aku...

Salam to all,

Sepanjang hujung minggu, tiada aktiviti yang aku jalankan cuma berehat di rumah setelah penat menganjurkan kejohanan Futsal under PKMICET minggu lepas. Namun, malam tu ada orang mengajak aku melihat cerita Harry Porter kat Seremban, sebenarnya aku tidak suka dengan kehidupan malam tapi akur kerana kebosanan, aku kurang mengikuti sangat cerita Harry Porter ini. Tapi bagi aku cerita lastest ini cukup berat untuk sesiapa yang tidak mengikuti cerita-cerita yang terdahulu... Kesudahan aku terlelap dalam pangungg.. Hehehehe...
Nada murni.. kump nasyeed terkenal masa aku kecil, dikhabarkan mereka bakal mengadakan konsert kat Shah Alam next month.. insya Allah.. aku akan pergi ke konsert itu jika tiada aral. Cerita pasal nasyeed, tak boleh lari dengan bab agama, kebetulan malam tadi aku ke warung belakang rumah, terserempak dengan kawan En Sham, so beborak.. masuk bak agama, dalam borak2 punya borak, ada seorang kawan tu mengajak aku berguru dengan seorang guru agama (perempuan) belajar tauhid. Aku gusar juga, aku tidak mahu mengulas kerana ini boleh menimbulkan sangka buruk.. Cuma aku ucapkan InsyaAllah kepada kawan berkenaan...

Jumaat, 17 Julai 2009

PK MICET: SCET 1 Naib Johan

Syukur kehadrat Ilahi..

Game semalam berlangsung dengan jayanya, sebagai urusetia memang memenatkan ditambah pula aku terpaksa bermain untuk tournament. Rata-rata setiap department menghantar pasukan dan staf perempuan menghantar 2 wakil dalm pertandingan futsal kelolaan PKMicet buat kali pertama. Agak pening juga aku pada awalnya, untuk menguruskannya. Namun, alhamduillah semuanya lancar. Skuad aku diwakili oleh Mat Jam (pengarah projek), Zaihar (c), Azrin (gk), Bos, Nazif, Subhi dan Imran. Rata2 skuad kami average kecuali Zaihar yang boleh dikatakan sebagai anchor bg skuad kami. Game pertama menentang Boeng-IT, skuad kami menang 2-1, aku hanya sub. Perlawana kedua diakhiri dengan seri tanpa jaringan, dalam game ini aku gagal menjaringkan gol setelah mendapat 2 peluang keemasan. Dan game keterusnya, kami kalah 3-0 kpd SCET 2, yang memisahkan kami adalah 'endurance' dan tempo yang pantas. Dan perlawanan kami bangkit untuk mengesahkan tempat ke 2, menewaskan Poly-Env 2-1, jaringan Nizam dan Zaihar. Walaupun gagal menjaringkan aku puas kerana berjaya mendapat tempat ke-2. Tekad aku, untuk menganjurkan kejohanan yang lagi berprestij di masa akan datang.

ADIOS..

Khamis, 16 Julai 2009

Menunggu Sepak Mula - PKMICET Futsol Tournament

"Mesti Menang'

Risau fikirkan petang ni, futsal tournament against each section. Sbnrnya, aku pernah anjurkan sebelum ni, tp hari ni aku sebagai pemain, may ada sikit peranan sbg penganjur. Apa yang merisaukan aku adalah aku gugup di depan gol, Semalam main pn masih takde improvement, bkn dilahirkan sbg penyerang unggul, lagipun satu hal lagi kaki kiri aku masalah seperti sebelum2 ni, tersimpul urat. Alhamdulillah nampak gaya dah ok skit... apa pn.. harap yang terbaik..